Rakan Maz

24 October 2013

FREE BBM Matematik



kat bawah ni maz kongsikan link untuk bahan free BBM matematik..maz create sndri tau untuk lekatkan dlm ruang M3. Taklah best sgt pun..bolehla skdr memenuhkan ruang yang ada...hehehe.
yang ni bahan fakta asas tambah

 kalau nak download yang kat atas ni just klik sini

yang ni plak bahan untuk fakta asas sifir...murid maz memang suka tgk ni..comel je zirafah tu..

 free download sini

jom kita tolak menolak ngan ikan biru ni...hehehe. Fakta asas tolak..just print, laminate pastu tampal kat ruang math..selesai. jom download kat sini


fakta asas yang terakhir adalah bahagi. klu korang berminat just download  sini



ok korang..selamat mendownload. nanti jangan lupa follow maz kat slideshare tau..gudnite


BACAAN MUDAH PEMULIHAN KHAS

Lama dah tak jenguk blog ni...mlm ni maz nak kongsi beberapa bbm yang maz guna untuk bacaan anak didik maz kat kelas TUNAS. Kali ni hanya dapat kongsikan gambar sahaja..next time maz cuba upload untuk free download ye..mudah-mudahan perkongsian ni bolehla dijadikan idea untu create korang pnya bhn bacaan pulak...manatau..hehehe
ni bahan bacaan abjad..actually smua ni maz dah printout n jadikan buku bacaan..tpi xsempat nk ambik gmbr hardcopy..
yang ni pulak...bacaan kvkv. sesuai untuk murid yang baru nak kuasai KVKV. maz print dlm bntuk booklet pdf..senang budak boleh bawa balik rumah...
semua bahan bacaan TUNAS maz print dlm bentuk booklet supaya senang murid baca dalam ruang bacaan..ataupun klu ada mini perpustakaan blh juga letakkan. kat kelas Maz ada ruang bacaan je...nk juga buat mini perpustakaan tp xcukup budget lak...maklumlah guru pemulihan semua guna duit sendiri...hehehe
kalau tadi adik comel..yang ni plak ibu saya..murid sronok baca ni wlupun dorang perasan gak nape rambut ibu asyik bertukar je...hahaha
jom makan...sambil membaca sambil bayangkan makanan...fuh! memang sodap..hehehe...layan...

cukuplah kot pkongsian malam ni...nti maz sambung lagi yek..tgh berusaha buat link untuk semua bbm yang maz dah create...rasa rugi plak klu xshare ngan korang smua..atleast dptla jugak pahala if korang gunakan untuk mngajo anak didik kan..amin. Tunggu tau..BBM free nti..bye




02 March 2011

mari mewarna abjad

Bahan Mewarna Abjad BBM ni maz buat khas untuk pelajar yang baru nak belajar ABC...terutamanya untuk murid yang cenderung kepada artistik seperti seni mewarna...maklumlah murid pemulihan ni kan ada banyak 'multiple intelligent'....pas bagi latihan mewarna tu..bolehlah dorang pamer sebagai hasilan mereka..mesti dorang suka.. kalau GPK nak lagi kreatif..boleh gak buat koyak dan tampal kertas warna untuk ganti ngan pensel warna..insya Allah kalau niat kita ikhlas nak ajar..mesti jadi tu





Assalamualaikum semua....

Lama dah maz tak jenguk blog ni..maklumlah dah bertambah komitmen dan tanggungjawab.

Petang tadi terjumpa ngan sorang kawan GPK..dia tanya nape lama dah blog menyepi...barulah maz
teringatkan blog ni...ni yang cuba-cuba nak hidupkan semula ni..mudah-mudahan dapatlah maz luangskan sedikit masa disamping tugas sebagai guru...isteri...ibu dan hamba Allah..amin. 
Insya Allah...kalau ada kelapangan..maz ingin berkongsi dengan semua GPK di luar sana bahan-bahan untuk pemulihan khas..




01 September 2010

bahan pengamatan

maz suka buat ujian pengamatan untuk budak2 pemulihan menggunakan bahan yang maz ambik dari internet...budak2 pemulihan maz dah tahu sangat bahan pengamatan yang ada dalam buku panduan pemulihan khas...jadinya maz ikhtiar lah cari bahan baru dalam internet supaya mereka lagi excited nak belajar..maz guna pengamatan ni masa dorang dah penat2 belajar untuk hari tersebut..ambik masa dalam 3 minit buat ujian ni..memang budak pemulihan suka sangat...siap request lagi nak buat yang baru..
berapa banyak haiwan yang anda boleh cari dalam gambar ni?
Berapa ekor kuda yang anda boleh lihat?
what do you see? an owl...
try to find someone's face
how many horses?
did you see another deer?
where is monalisa's pets?

Bahan Bantu Mengajar BM Pemulihan

Minggu lepas Maz tetiba jak rajin menambahkan koleksi BBM pemulihan...Semua bahan2 yang Maz buat ni menggunakan bahan terpakai. Maz ambik je carta2 lama dalam pusat sumber yang dah tak digunakan pastu recycle balik jadik BBM yang berguna untuk pemulihan..Ni semua contoh BBM yang maz buat dari bahan terpakai..

     Carta Pokok KV
Poster Budi Bahasa
Poster yang kat atas ni sebenarnya poster Bahasa Inggeris..tapi daripada terbuang baik maz guna buat bahan yang boleh di tampal dalam kelas..jadinya maz print balik words dalam malay pastu tampal kat poster tu...hehhehe
ni pun kad gambar subjek sains..maz jadikan bbm yang boleh ditampal dalam kelas
sebenarnya banyak yang boleh kita guna semula bahan2 lama...yang penting kita rajin dan ikhlas nak buat untuk manfaat anak2 murid kita..
kad gambar dan kad bacaan bergred..
hehehe....kad bacaan bergred tu belum siap lagi maz tampal . tu masih lagi bahasa inggeris...maz dah wat bacaan bergrednya cuma blum ada masa nak tampal kat kad ni..

18 August 2010

hari baru...tugas baru..azam baru

ermmm..hari ni dah masuk hari baru. pagi nanti nak kena bertolak pergi sekolah lain plak..minggu ni Maz terlibat program a lot to share 2..banyak nak kena buat untuk jadi guru pemulihan khas ni...bak kata kawan maz..guru pemulihan ni kena banyak berkorban..korban masa, korban wang, korban tenaga...tapi takpelah..nama pun seorang guru.
hari ni dah masuk hari ke7 umat islam berpuasa..minggu ni struggle nak pulihkan murid tegar LINUS..risau gak sebenarnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...