Rakan Maz

Showing posts with label Literasi tahun 3. Show all posts
Showing posts with label Literasi tahun 3. Show all posts

14 January 2014

FREEBIES SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum semua..salam maulidur rasul. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...semoga kita beroleh syafaatNYA di akhirat kelak..

Sempena cuti maulidur rasul ni..maz nak kongsikan satu bahan bacaan yang simple sahaja..mudah-mudahan ianya berguna untuk anak didik korang semua..bahan ni maz bagi nama BUKU MAHIR KVKV. buku ni maz buat khas untuk anak didik maz yang bernama TONY...budak ni dah darjah dua..mudah-mudahan sebelum pertengahan tahun ni..budak ni dah boleh diperdanakan..amin.
Buku ni simple je...tak perlu susah2 nak ngadap budak tu sambil ajar dia membatang suku kata..yang penting kita dah berusaha bimbing budak tu membaca suku kata kvkv..nak bagi lancar tu Maz gunakan buku mahir KVKV ini. maz print buku ni..( tak banyak pun..dalam 6 pages je a4 size)..pastu stapler bgi kat murid tu..suruh dia berlatih baca sampai lancar..klu perlu suru budak bawa balik rumah..
BERMINAT tak? klu berminat ni maz bagi skit preview buku mahir kvkv
ni muka depan dia...
haa..yang ini salah satu page dlm buku mahir kvkv tu.

kalau korang berminat nak guna buku ni untuk anak didik korang...senang je. cari button free download kat sidebar tu..then cari BUKU MAHIR KVKV TUNAS kat ctu..pastu download. free je..as long as teda penyalahgunaan bbm ye..

ok korang..HAPPY TEACHING

10 November 2013

KAD TULISAN TUNAS

kepelbagaian bbm dalam kelas TUNAS maz sememangnya bnyk membantu p&p dan mencapai objektif maz sebagai guru pemulihan khas. kat bawah ni..maz kongsikn beberapa lagi kad yang maz guna dlm p&p maz. Kad ni maz bagi nama kad tulisan tunas. fungsinya terpulang kpd guru untuk mnilai kemahiran mana..biasanya maz guna untuk mlatih murid yang dh boleh baca..tapi belum dpt mnulis sesuatu perkataan..bleh juga guna sbg aktiviti pengukuhan dan pengayaan..

 yang ni kad tulis kvkvk..guru boleh bgtau murid nama gambar. murid perlu eja..kemudian tulis suku kata yang tertinggal. disamping nak ajar kvkvk..kita boleh refresh balik kemahiran kvk..

 yang ni plak..kad kvkvkv. murid pilih suku kata yang betul berdasarkan gambar. kmdian susun suku kata tersebut..klu guru dh kata betul..muri boleh tulis perkataan tersebut kat garisan. maz cadangkan klu rakan2 nak buat kad camni..bleh lah print pastu laminate. murid boleh tulis guna marker pen untuk jawap..slain boleh padam dan guna semula..ia pasti tahan lebih lama...jimat pun iye..

 kad ni sama fungsi cam kad kvkvkv kat atas. yang ni maz buat untuk kemahiran 
v kvk. fungsi dan kaedahnya sama ngan kad kvkvkv.

kad tulis dan clothespin kvk
kad ni pula ada dua version. boleh gunakan secara bertulis atau gunakan kaedah 'clothespin'. maz dpt idea buat kad clothespin ni dri blog2 guru kat oversea mcm UK dan US. klu xbrape nak fhm..cuba google kjap 'clothespin card'..bnyk idea korg dpt nti. 

kad tulis vokal berganding.
boleh guna untuk dua kemahiran..kemahirn vokal bergnding dan juga kmahiran membaca frasa / rangkai kata.

setakat ni dlu untuk kli ni...nti maz update lgi yer. semoga dpt membntu rkn2 guru kat luar sana mcari idea membina bbm untuk ank didik kita...insyaallah.

28 October 2013

KAD IMBAS PEMULIHAN KHAS

Kad imbas adalah satu contoh BBM yang memang sngat berguna untuk buat P&P pemulihan khas. Dalam kelas TUNAS maz, kad imbas ni ada banyak jenis..mostly maz create sendiri..seingat maz ada sekali lah maz beli kad imbas...masa mula2 menceburkan diri dlm dunia pemulihan khas ni..skrg dah masuk 8tahun jdi GPK. So dah banyak kad maz create...contoh-contoh kad imbas maz adalah seperti kat bawah:
1. kad gambar
2. kad perkataan
3. kad suku kata
3. kad abjad
4. kad nombor
5. kad domino
6. kad surih
7. kad tulisan
8. kad gantung
9. kad cerita pendek
10. kad fakta asas
11. kad waktu
12. kad comel
13. kad puzzle
14. kad maze
15. kad pengamatan
dan kad-kad yang sewaktu dengannya..maz pun dah tak tau nak bagi nama kad apa.

don't worry korang...klu maz dh dpt sdiakan link..maz kongsikn kad2 tu ye..juz make sure korang rajin2la blogwalking kat cni..kali ni maz share beberapa gmbr je..
jom kita ronda-ronda tgk kad imbas TUNAS maz..jom
 kad hari
kad cerita pendek
kad perkataan
kad bergambar
kad perkataan lagi
dan lagi...
kad surih
kad suku kata
kad nombor puluh..
dan kad-kad yang lain..nti maz tunjuk lagi ye..sbnarny gmbr yg hardcopy ada dh tp blum transfer dlm lappy ni. so juz upload gmbr softcopy je..

tapi untuk hri ni korang stil boleh download for free..yg kat bwh ni


24 October 2013

BACAAN MUDAH PEMULIHAN KHAS

Lama dah tak jenguk blog ni...mlm ni maz nak kongsi beberapa bbm yang maz guna untuk bacaan anak didik maz kat kelas TUNAS. Kali ni hanya dapat kongsikan gambar sahaja..next time maz cuba upload untuk free download ye..mudah-mudahan perkongsian ni bolehla dijadikan idea untu create korang pnya bhn bacaan pulak...manatau..hehehe
ni bahan bacaan abjad..actually smua ni maz dah printout n jadikan buku bacaan..tpi xsempat nk ambik gmbr hardcopy..
yang ni pulak...bacaan kvkv. sesuai untuk murid yang baru nak kuasai KVKV. maz print dlm bntuk booklet pdf..senang budak boleh bawa balik rumah...
semua bahan bacaan TUNAS maz print dlm bentuk booklet supaya senang murid baca dalam ruang bacaan..ataupun klu ada mini perpustakaan blh juga letakkan. kat kelas Maz ada ruang bacaan je...nk juga buat mini perpustakaan tp xcukup budget lak...maklumlah guru pemulihan semua guna duit sendiri...hehehe
kalau tadi adik comel..yang ni plak ibu saya..murid sronok baca ni wlupun dorang perasan gak nape rambut ibu asyik bertukar je...hahaha
jom makan...sambil membaca sambil bayangkan makanan...fuh! memang sodap..hehehe...layan...

cukuplah kot pkongsian malam ni...nti maz sambung lagi yek..tgh berusaha buat link untuk semua bbm yang maz dah create...rasa rugi plak klu xshare ngan korang smua..atleast dptla jugak pahala if korang gunakan untuk mngajo anak didik kan..amin. Tunggu tau..BBM free nti..bye




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...