Rakan Maz

Showing posts with label freebies. Show all posts
Showing posts with label freebies. Show all posts

29 October 2016

Freebie Kad Puzzle Buah

Assalamualaikum korang...hari ni maz kongsikan bahan bantu mengajar yang berbentuk permainan k. maz namakan bbm ni kad puzzle buah-buahan tempatan. Semua gambar buah ni maz lukis sendiri kat powerpoint..pendek kata semua bahan clipart & background dlm kad puzzle ni 100% maz buat sendiri. Kad ni sesuai digunakan untuk aktiviti hands-on murid ataupun anak2 sendiri..print..laminate..gunting..nanti suruh anak or anak murid cantumkan kad puzzle tu..InshaAllah seronok..
kalau korang berkenan..ambik jer..halalan toyyiban..hehehe.











HAPPY TEACHING
 


28 October 2016

CLIPART #2

Maz suka buat clipart..guna powerpoint je. sebelum ni buat bbm guna clipart yg pacik google tlg carikan..alhamdulillah sejak dah ikut kelas melukis clipart online dengan kak Yann Rais ( fb dia Ummu Mufeeda Al Helmi ) maz dah boleh buat clipart sendiri..cuma rajin ngan tak je nak buat...
Hari ni maz belanja clipart baru pulak yer..sape2 suka makan epal tu..bolehla amik clipart ni..





selamat berBBM korang...

HAPPY TEACHING

FREEBIE KAD PUZZLE

Hari ni maz kongsikan bahan simple kad puzzle matematik.. kad ni korang boleh save as image je..pastu klu nak print ( nak bagi mudah je ) cer insert as picture dlm powerpoint..pastu print mcm biasa..xyah nak adjust lagi coz saiz kad ni memang dah sama dgn layout powerpoint tu..

kad puzzle ni sesuai untuk murid pra..pemulihan..linus malahan untuk aktiviti homeschooling pun..








maz harap bahan ni dapat membantu korang ye..

HAPPY TEACHING UOLLS


27 October 2016

CLIPART #1

Assalamualaikum korang..lama sangat tak bersiaran. blog pun dah nak bersawang..hmm..bukan xde masa cuma mcm xde mood nak berblog..sibuk update facebook je..hihihi.
Hari ni maz nak kongsikan clipart yang maz lukis kat powerpoint yer..xcantik pun..tapi maz xkira..nak kongsi juga.. oleh kerana maz suka makan kek buah..so maz kongsikan buah yang paling banyak kena guna dalam kek buah..CERI..








kalau clipart ni bermanfaat..ambikla. klu nak lebih banyak bahan percuma cer try jenguk fb maz ye kat kelastunas pemulihan khas..

HAPPY TEACHING UOLLS..

06 November 2014

Freebies : Kad Imbas Mini

Hari ni maz nak bagi freebies kpd korang semua..sape2 pun blh ambik..jgn jual balik dahle..( mcmla ada orang nak jual pulak...perasannye)..hehehe
Nama bahan freebies untuk hari ni ialah Kad Imbas Mini..sbnrnya maz pun xtau nak bagi nama apa..tpi sbb saiz kad ni mmg mini..so tepek jelah nama tu..sebenarnya kad ni adalah kad perkataan / rangkai kata yang ada gambar..boleh print then laminate..letak dlm sudut or ruang bacaan ke..ape ke..kat bawah ni sedikit preview bahan ni k..klu nak download..cari je folder rangkai kata2 dlm free download kat sidebar ye..


selamat mendownload ye...

Happy Teaching
 

22 March 2014

FREEBIES: Bacaan bertema

Assalamualaikum korang......
hari ni cuti sekolah dah bermula..maka secara rasminya maz pun nak membalikkan diri ke kampung halaman..menemui ibunda dan ayahanda tercinta..tetapi sebelum nak balik tu..maz nak kongsikan bahan bacaan bertema yang maz dah buat tahun 2012 dulu..kalau ianya berguna untuk korang, silalah ambik yer..maz berbesar hati kalau korang nak gunakan..cuma satu je maz harap..jgn ambik untung atas angin ye..jangan jual balik bahan ni walaupun korang dah edit ke ape ke..

kalau korang nak download sila scroll ke bawah sampai korang jumpe free download kat sidebar tu..cari fail BIJAK NOMBOR dan KAWAN. bahan ni adalah bahan bacaan bertema..kat bawah ni maz tunjuk sket preview bahan tu yek..






ok lah korang..selamat bercuti yer.

HAPPY TEACHING

26 February 2014

COVER FAIL

hari ini maz nak kongsikan bahan freebies untuk pengurusan fail..hmm xlah gempak sangat..saja untuk suka-suka nak bagi ceria pengurusan fail. almaklumlah..namapun kelas pemulihan khas..klu boleh semua maz nak bagi ceria termasuklah pengurusan fail. 
nak dijadikan cerita..bahan yang maz nak kongsikan hari ni adalah cover fail..maz buat untuk cover fail panitia..(maz pun sebenarnya pegang ketua panitia selain dari pemulihan khas tau..). Yang satu lagi maz buat cover untuk rancangan pengajaran harian..maz kongsikan versi yang boleh edit. guna microsoft word shaja. kalau korang nak download..simply click my free download yang kat sidebar tu..juz scroll down skit...then cari fail COVER RPH mingguan dan COVER Fail Panitia..

lets take a look------>>


kalau korang suka ngan bahan ni..tinggalkanlah komen korang yer..bye

HAPPY TEACHING


18 February 2014

Freebies Lembaran kerja

Assalamualaikum....
salam sejahtera...
lama maz tak jenguk blog ni..dah lama jugak xtulis entry baru..
hari ni maz nak kongsikan lembaran kerja yang maz buat..maz ikut format saringan linus. klu korang rasa ianya bermanfaat..silalah download kat bahagian free download kat sidebar ye..

maz tak nak taip banyak2..coz minggu ni maz bz sgt2...ni pun amek masa skjap untuk update blog..kejap je tau..

ok lets take a look...

 kemahiran melengkapkan sukukata

kemahiran menulis

semoga berjumpa di lain kesempatan..

HAPPY TEACHING


05 February 2014

Kad Gambar & Perkataan KVKVK

Lama maz tak update blog ni..maklumlah cuti2 malaysia kejap..orang len yang celebrate CNY..maz plak yang terlebih menCUTIkan diri..huhuhu.
Entry kali ini maz nak kongsikan satu bahan yang boleh diedit..maksudnya dalam format WORD lah..klu ada yang berubah pun.font kot. Tapi yang tu korang boleh tukar sesedap rasa ikut selera korang. Freebies kali ini maz bagi nama kad gambar dan perkataan KVKVK. Kad gambar tu dalam saiz A4. tpi klu korang nak bagi kecik..tukar je dlm setting printer korang. 

kat bawah ni maz bagi sket preview utk bahan tersebut..cer korang check.
 ni kad gambar KVKVK


 yang ni plak kad perkataan KVKVK...

cmner nak guna..senang je. pilih kad gambar then cari padanan kad perkataan yang betul.. klu korang nak ambik..simply click Kad Gamabar & Perkataan KVKVK

Happy Teaching



27 January 2014

Sehari sebuah cerita

Assalamualaikum semua...

Hari Isnin yang membawa seribu satu makna...hari isnin sangat2 mencabar motivasi maz untuk bekerja menabur bakti mencari sesuap nasi..alhamdulillah, hari ini dapat dilalui dengan cemerlang..insya allah.

minggu hari persekolah hanya 3 hari sahaja..maz tengah siap2kan bbm untuk persediaan mengambil seorang bakal murid linus tegar tahun 1. setelah berbincang ngan beberapa orang guru..maz ngan rela hati mencabar diri untuk membimbing anak murid ini...doakan maz ye..mudah2an murid ini akan menadi modal insan yang gemilang di masa akan datang..amin.

dalam sibuk membina bbm, maz tak lupa dengan korang semua..hari ni maz nak kongsikan satu bahan bacaan untuk murid pemulihan yang dh boleh membaca sikit2. bahan ni maz bagi nama 'Program sehari sebuah cerita'. Maz xlarat lah nak explain pelaksanaan program ini..maz percaya korang semua boleh bayangkan sendiri kan...kan...

ok, klu korang nak download sila ringankan jari untuk scroll button kat sidebar. cari free download..klik pada bahan 'sehari sebuah cerita' then donload..as simple as that.

HAPPY TEACHING


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...