Rakan Maz

20 November 2013

EDITABLE FREEBIES

hellloooo......
gembiranya maz hari ni..dh beberapa hari kat kampung, xde internet. pagi ni balik rumah dah..rindu nak berblog akhirnya terbalas...maz guna streamyx..so klo nak gi mana2 mmg xdpt nak update blog..nak nak klu balik kg lama skit..
oleh kerana maz dlm mood super duper happy..maz nak kongsi beberapa freebies utk korang. check it out !!!

 poster KVK
actually poster kvk ni dlm saiz a4 je..tpi klu nak bagi besar sket, korang cuba print poster size..ala yg dlm setting printer korang tu..cari je print poster saiz..ambik 2x2..pastu tampal2 then siap. Ada 5 pages tau..xbnyak pun..tpi klu dah print pastu tampal kat kelas ok gak.. maz masukkan dlm ruang bacaan..

 KAD GAMBAR KVKV
kad gambar KVKV ni maz buat masa ada karnival pemulihan khas hari tu..tpi xjadi guna..sbab kitorang pilih aktiviti pancing mmancing suku kata..jadi yg ni maz print jelah buat anak murid maz. boleh digunakan sbgi aktiviti pengukuhan budak yang baru lepas kvkv. saiz a4..tpi boleh print mcm2 saiz..terpulang ngan korang. mcm mana cranya? samaada korang nk convert pdf dlu pastu print ataupun print je guna ms word tapi pilih multiple printing..tpulang korang nak brapa page dlm satu muka surat tu..

 KAD BACAAN BERTEMA KVKV
hah..yang ni salah satu kad bacaan maz guna dlm kelas. budak2 mmg suka nak2 yang baru berjaya menguasai kemahiran kvkv tu..confirm dia snyum bangga pas dpt baca kad ni..kad saiz a4 juga..nak print ikut je option yang bagi kat atas td..

 BUKU IQRA' TUNAS
macam belajar mengaji lah pulak kan...tp memang berkesan...utk murid maz lah..utk murid rkn2 semua xtaulah maz plak ye...caranya mudah shj..baca mcm kita mngaji iqra tu..buku ni maz buat khas untuk budak maz yg tak boleh nak ingat kv wlupun dah 3bulan masuk pemulihan..ajar abjad dia lupa bunyi vokal..bila ajar vokal dia lupa konsonan..bila ajar konsonan dia xtau nak bunyikan suku kata kv..tu yg maz buat buku ni..mudah je..maz x tekankan budak kenal huruf..yg penting dia boleh hafal suku kata yang berulang2 tu..akhirnya slepas 2 minggu budak tu boleh baca kvkv dgn lancar. alhamdulillah...skrg dia dh lepas pmulihan. dah masuk perdana dah pun...thun dpn masuk darjah 3 dah...

KAD BBBR
amboi susahnyer nama kad ni...berbelit lidah..hahaha. sebenarnya itu singkatan untuk kad bacaan bawa balik rumah ...hahaha. maz xtau nak bagi nama apa..bubuhla apa2 yang penting murid tahu kad yg mana satu..biasanya maz bagi murid kad ni bawa balik rumah pada hujung minggu..suruh dorang baca, siapa yng dpt baca semua dengan lancar dan betul..cikgu bagi token...a4 saiz...

ok...tulah freebies maz untuk korang semua hari ni..ni semua editable tau..korang boleh guna atau edit untuk kegunaan sendiri ye..maz xnaklah ada yg jual atau kongsi bhn ni tanpa pengetahuan maz...klu korang nk share kat mana2 blog atau laman sosial..jgn lupa credit blog maz ye..tq 
korang semua...boleh download bahan ni kat button FREE DOWNLOAD yg ada kat sblh kanan tu ..korang scroll je..

HAPPY HOLIDAY semua....

3 comments:

hakita said...

salam cikgu maz..
sungguh menarik bahan - bahan awak..
tp tak bole pun klik button free download pun?
mcam mne ye?

diyana said...

Assalamualaikum cikgu..
Saya berminat dgn bbm cikgu..
Tapi kena yer xboleh klik kat butang Free Download tu?

Unknown said...

salam cikgu maz.. saya berminat dengan bbm ckgu...blh email kat sy x... akmanai@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...