Rakan Maz

14 January 2014

FREEBIES SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum semua..salam maulidur rasul. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...semoga kita beroleh syafaatNYA di akhirat kelak..

Sempena cuti maulidur rasul ni..maz nak kongsikan satu bahan bacaan yang simple sahaja..mudah-mudahan ianya berguna untuk anak didik korang semua..bahan ni maz bagi nama BUKU MAHIR KVKV. buku ni maz buat khas untuk anak didik maz yang bernama TONY...budak ni dah darjah dua..mudah-mudahan sebelum pertengahan tahun ni..budak ni dah boleh diperdanakan..amin.
Buku ni simple je...tak perlu susah2 nak ngadap budak tu sambil ajar dia membatang suku kata..yang penting kita dah berusaha bimbing budak tu membaca suku kata kvkv..nak bagi lancar tu Maz gunakan buku mahir KVKV ini. maz print buku ni..( tak banyak pun..dalam 6 pages je a4 size)..pastu stapler bgi kat murid tu..suruh dia berlatih baca sampai lancar..klu perlu suru budak bawa balik rumah..
BERMINAT tak? klu berminat ni maz bagi skit preview buku mahir kvkv
ni muka depan dia...
haa..yang ini salah satu page dlm buku mahir kvkv tu.

kalau korang berminat nak guna buku ni untuk anak didik korang...senang je. cari button free download kat sidebar tu..then cari BUKU MAHIR KVKV TUNAS kat ctu..pastu download. free je..as long as teda penyalahgunaan bbm ye..

ok korang..HAPPY TEACHING

09 January 2014

KAD DOMINO

Kad domino adalah salah satu contoh kad yang boleh digunakan dalam kelas pemulihan khas..terdapat dlm pelbagai bentuk yang disesuaikan mengikut kemahiran murid masing-masing. Dalam kelas TUNAS maz, kad domino sering maz gunakan terutamanya dalam permainan bahasa..kad domino jugak boleh dikatakan sebagai kad penyelamat...huhuhu..knapa maz ckp cenggitu? sebab klu budak dh siap semua lembaran keje..boleh bagi kad domino suruh dia buat..sementara kita ajor murid yg lain plak. hehehee...

Dalam koleksi BBM Tunas maz, kad domino ni ada pelbagai jenis, saiz dan rupa...ada kad domino bahasa dan math..saiz pulak ada beso dn yang kecik...rupa plak ada yang gambar ngan perkataan, ada yang nombor dan perkataan, ada yang suku kata dgn gambar, ada yg dot atau objek ngan nombor..bnyak lagilah...semua tu ada fungsi masing2.

Bagi sesape yang takde idea camner nak buat kad domino..kat cni maz tunjukkan contoh beberapa kad domino TUNAS maz ye..lets check it out..

KAD DOMINO GAMBAR DGN SUKU KATA



KAD DOMINO GAMBAR DGN PERKATAAN
 
KAD DOMINO KVK

 tu jelah yang mampu maz attach kat cni...kad domino math maz xsempat lagi printscreen..still dlm formt word..klu ada ksempatan nti maz upload k..

klu korang semua rsa nak buat kad domino ni susah...senang je..korang rajin2lah check kat website ni.. http://www.sparklebox.co.uk
banyak sgt bhn yg berguna..maz pun bnyak ambik bhn dari cni especially utk math. kat cni pun ada contoh domino nombor, tolak, tambah, darab, bahagi dan banyak lagi...dan lagi...jom pakat tgk ramai2. 

......HAPPY TEACHING....


04 December 2013

KAD NOMBOR

Kad nombor ni maz gunakan dalam kelas TUNAS maz.. Kad ini bersaiz a4..boleh print kemudian laminate then tampal kat sudut matematik. boleh juga jadikan kad imbas..maz print kecik2 guna word je..dalam setting tu maz tukar 4pages per sheet..memang comel. klu berminat pm maz ye..ada 10 pages..pdf n word format.


KAD CLOTHESPIN ABJAD AWAL

korang pernah dengar tak kad clothespin? kad ini sebenarnya kad yang direka untuk mengesan kemahiran murid selepas sesuatu kemahiran. entry kali ni maz nak kongsikan beberapa image bbm tunas maz dalam kategori kad clothespin..terpulanglan nk bagi nama apa..tpi oleh krana maz gunakan sepit kain yg kecil n comel..(beli kat KAISON) murah dan banyak...so maz bubuhlah nama kad clothespin.
BBM ni murah je..klu sesape berminat juz pm maz kat fb ye. harga RM5 (editable), RM3 (pdf format). pembayaran hnya melalui topup hp..





FREEBIES Sudut Pendidikan Islam

Hari ni maz nak bagi freebies yang bukan bahan pemulihan khas...last year maz jadi guru kelas tahun 3..nak dijadikan cerita dek kerana ketidakcukupan guru...(rosakler bahasa camni...) maz menyahut  cabaran menjadi guru kelas. memandangkan dah jadi guru kelas ni...maz rajinla tiba2 nak penuhkan sudut2 mata pelajaran dalam kelas tu..oleh kerana sudut PI tu kosong jer coz budak2 ni setiap kali masa PI/PM dorang kena pi bilik PI. So ustz tu memang xmasuk kelas ni coz dia ajar budak kat bilik PI dia..jadinya maz tolonglah tampal apa2 yg patut kat sudut PI tu..bagi nampak ada input skit.

hari ni maz nak kongsikan bbm yang maz buat tu...korang boleh download kat free download ada kat sidebar tu..scroll je..jom check it out...






21 November 2013

Corat coret guru pemulihan khas

hari ni maz tak tau nak tulis entry apa..korang ada idea tak apa yg nak dikongsikan dlm blog ni? korang ada apa2 request tak nak bahan apa dlm blog ni? selain daripada bbm..hri ni maz juz nak tau korang nyer idea lak...

20 November 2013

EDITABLE FREEBIES

hellloooo......
gembiranya maz hari ni..dh beberapa hari kat kampung, xde internet. pagi ni balik rumah dah..rindu nak berblog akhirnya terbalas...maz guna streamyx..so klo nak gi mana2 mmg xdpt nak update blog..nak nak klu balik kg lama skit..
oleh kerana maz dlm mood super duper happy..maz nak kongsi beberapa freebies utk korang. check it out !!!

 poster KVK
actually poster kvk ni dlm saiz a4 je..tpi klu nak bagi besar sket, korang cuba print poster size..ala yg dlm setting printer korang tu..cari je print poster saiz..ambik 2x2..pastu tampal2 then siap. Ada 5 pages tau..xbnyak pun..tpi klu dah print pastu tampal kat kelas ok gak.. maz masukkan dlm ruang bacaan..

 KAD GAMBAR KVKV
kad gambar KVKV ni maz buat masa ada karnival pemulihan khas hari tu..tpi xjadi guna..sbab kitorang pilih aktiviti pancing mmancing suku kata..jadi yg ni maz print jelah buat anak murid maz. boleh digunakan sbgi aktiviti pengukuhan budak yang baru lepas kvkv. saiz a4..tpi boleh print mcm2 saiz..terpulang ngan korang. mcm mana cranya? samaada korang nk convert pdf dlu pastu print ataupun print je guna ms word tapi pilih multiple printing..tpulang korang nak brapa page dlm satu muka surat tu..

 KAD BACAAN BERTEMA KVKV
hah..yang ni salah satu kad bacaan maz guna dlm kelas. budak2 mmg suka nak2 yang baru berjaya menguasai kemahiran kvkv tu..confirm dia snyum bangga pas dpt baca kad ni..kad saiz a4 juga..nak print ikut je option yang bagi kat atas td..

 BUKU IQRA' TUNAS
macam belajar mengaji lah pulak kan...tp memang berkesan...utk murid maz lah..utk murid rkn2 semua xtaulah maz plak ye...caranya mudah shj..baca mcm kita mngaji iqra tu..buku ni maz buat khas untuk budak maz yg tak boleh nak ingat kv wlupun dah 3bulan masuk pemulihan..ajar abjad dia lupa bunyi vokal..bila ajar vokal dia lupa konsonan..bila ajar konsonan dia xtau nak bunyikan suku kata kv..tu yg maz buat buku ni..mudah je..maz x tekankan budak kenal huruf..yg penting dia boleh hafal suku kata yang berulang2 tu..akhirnya slepas 2 minggu budak tu boleh baca kvkv dgn lancar. alhamdulillah...skrg dia dh lepas pmulihan. dah masuk perdana dah pun...thun dpn masuk darjah 3 dah...

KAD BBBR
amboi susahnyer nama kad ni...berbelit lidah..hahaha. sebenarnya itu singkatan untuk kad bacaan bawa balik rumah ...hahaha. maz xtau nak bagi nama apa..bubuhla apa2 yang penting murid tahu kad yg mana satu..biasanya maz bagi murid kad ni bawa balik rumah pada hujung minggu..suruh dorang baca, siapa yng dpt baca semua dengan lancar dan betul..cikgu bagi token...a4 saiz...

ok...tulah freebies maz untuk korang semua hari ni..ni semua editable tau..korang boleh guna atau edit untuk kegunaan sendiri ye..maz xnaklah ada yg jual atau kongsi bhn ni tanpa pengetahuan maz...klu korang nk share kat mana2 blog atau laman sosial..jgn lupa credit blog maz ye..tq 
korang semua...boleh download bahan ni kat button FREE DOWNLOAD yg ada kat sblh kanan tu ..korang scroll je..

HAPPY HOLIDAY semua....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...