Rakan Maz

Showing posts with label freebies. Show all posts
Showing posts with label freebies. Show all posts

22 January 2014

Bahan Bacaan Bergred TUNAS

malam ni maz nak kongsikan bahan bacaan bergred untuk bebudak pemulihan khas...bahan ni maz buat masa tahun pertama maz posting sebagai guru pemulihan khas..masa tu maz tak berapa nak tau lagi selok-belok P&P pemulihan khas ni..tapi maz cuba jugak buat bahan ni. so daripada terperap je dlm laptop berkurun2 baik maz kongsikan ngan korang..kot2lah ada yang boleh guna kan..

bahan ni boleh download kat sini bahan bacaan bergred tunas free download boleh edit then  print pastu letaklah kat sudut bacaan korang ke..kat mna ke..moga2 memberi manfaat untuk sesape jer...

selain itu, korang boleh jugak download set buku cerita mudah sebanyak 50set dalam format pdf..(yang ni bukan maz yang buat k..maz xingat dah mana maz dpt) maz dah zipkan fail nyer supaya mudahkan korang download yer..



HAPPY TEACHING

20 January 2014

Freebies Bahan Kinestatik

Hari ni Maz nak kongsikan bahan freebies untuk pengajaran kinestatik murid-murid pemulihan khas...bahan ni maz dapat idea dari anak maz sendiri..ada sehari tu dia main main doh..dia golek2..gentel2..pastu dia tempek2 kat satu colouring paper..jadilah bentuk ceri mcm dlm kertas kaler2 tu..dri ctu maz dpt idea..why not buat cmtu untuk murid pemulihan kan...maka terhasillah bbm yang maz nak kongsikan ni...jom kita nengok sesama...


 
mcm mana ia berfungsi?

klu cikgu2 nak guna utk membentuk abjad menggunakan doh, sila print dan laminate..klu nak guna utk wat kolaj kertas warna / pasir / manik /ranting2 kayu kcil/ kekacang dsb..xyahla korang laminate tkut gam xmelekat pula nti kan..

klu korang rasa bahan ni berguna ataupun bolehlah..drpada xde, sila download ABC MOTOR WORKMAT ngan free nye kat sini download ye...dah

HAPPY TEACHING


18 January 2014

SURAT PELEPASAN MURID PEMULIHAN KHAS

hari ni maz nak tulis entry mengenai surat pelepasan murid pemulihan khas..korang pernah buat tak? mestilah pernah kan..maz saja nak kongsikan kot2 lah ada guru pemulihan khas yang baru..dan belum ada idea nak buat surat pelepasan murid ni..

perlukah buat surat ni? itu sebenarnya terpulang kot ngan guru masing-masing. maz memang buat..setiap kali ada budak yang dikembalikan ke kelas perdana..juz in case. manalau berlaku kes mcm kat bawah ni..

guru A: si Abu tu masih jugak xpandai2..tp dia xnak pulak pegi pemulihan khas..
guru B : guru pemulihan xnak ajarlah tu..
guru A : tapi guru Bahasa pun xnak ajar jugak coz si Abu tu budak pemulihan katanya...
guru B : klu macam tu biar jakla budak tu dalam kelas..bukannya masalah kita pun..

hah..pernah x berlaku kes cm ni? budak tu dah dilepaskan dari kelas pemulihan tp guru perdana xnak ajar coz ingatkan budak tu masih pemulihan..kat cnilah pentingnya ada surat pelepasan ni..bagi kat guru2 yang berkenaan..supaya jelas kedudukan budak tu...

bukanlah mknanya guru pemulihan xnak bantu ajar..tp kan kita nak polish yang lain lagi...hehehe. sendiri mo ingatlah kan..

ok..klu ada sesiapa yang nak copy contoh surat pelepasan..ada kat free download tu..ambik je & edit lah ikut kesesuaian...


HAPPY TEACHING

15 January 2014

FREEBIES MATEMATIK

Mood hari sangat sedih coz sekolah maz kena banjir...sedih coz dah sediakan bbm yang cun melecun untuk ajar budak tapi xdapat digunakan...xpelah. esok2 dpt jugak tu digunakan..hehehe.

nak bgtau skit..sbenarnya xdelah cun melecun pun bbm tu..perasan je lebih maz ni..hehehe. alang2 dah buat bbm tu maz akan kongsikan ngan korang yer...tp softcopy lah..klu yg hardcopy xdpt cek nak tolong..kena wat sndiri..

freebies kali ni maz akan kongsikan bahan matematik. pernah guna counters tak utk buat aktiviti penambahan? klu belum pernah..cer cuba bbm ni. maz bagi nama counters TUNAS. fungsinya? mcm ni...kan bebudak ni kdg2 xhafal fakta asas tambah...ada yg lebih sedih xtahu sahabat 10 tu..malahan ada yg dok kira guna jari jemari..ye tak?  so senang jer...cikgu print bnyak2 mende ni..xkisahlah warna apa pun..tp klu maz print 2 set utk sorg murid. bila kita bagi soalan..contohnya 10 + 9, murid akan cri kad nombor 10 dan 9..pastu minta dia kira pembilang dlm kad tu...senang kan. klu dpt soalan 9 + 23, murid kena cri kad no.9 pastu cari kad no.3 ( kad angka sa dulu ye..) kemudian minta murid cari lagi kad puluh sebanyak 2x ( maknanya kad no.10 tambah 2 kali..) adoi..penin cek...susah jugak rupanya nk bagi penerangn scara bertulis ni yek..apapun maz hrp korg fhm lah kot...
mudah-mudahan klu dah biasa guna tu..murid akan ingat fakta asas dn xbergntung pd counters lagi..
lets check it out...
 counters purple

 counters kuning

 counters hijau

counters pink...my fav

ni semua leh download ngan free kat free download (sidebar). ni editable ye a4 size..klu nk print bnyak n bagi kecik tukar je setting dlm print properties.  

HAPPY TEACHING

14 January 2014

FREEBIES SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum semua..salam maulidur rasul. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...semoga kita beroleh syafaatNYA di akhirat kelak..

Sempena cuti maulidur rasul ni..maz nak kongsikan satu bahan bacaan yang simple sahaja..mudah-mudahan ianya berguna untuk anak didik korang semua..bahan ni maz bagi nama BUKU MAHIR KVKV. buku ni maz buat khas untuk anak didik maz yang bernama TONY...budak ni dah darjah dua..mudah-mudahan sebelum pertengahan tahun ni..budak ni dah boleh diperdanakan..amin.
Buku ni simple je...tak perlu susah2 nak ngadap budak tu sambil ajar dia membatang suku kata..yang penting kita dah berusaha bimbing budak tu membaca suku kata kvkv..nak bagi lancar tu Maz gunakan buku mahir KVKV ini. maz print buku ni..( tak banyak pun..dalam 6 pages je a4 size)..pastu stapler bgi kat murid tu..suruh dia berlatih baca sampai lancar..klu perlu suru budak bawa balik rumah..
BERMINAT tak? klu berminat ni maz bagi skit preview buku mahir kvkv
ni muka depan dia...
haa..yang ini salah satu page dlm buku mahir kvkv tu.

kalau korang berminat nak guna buku ni untuk anak didik korang...senang je. cari button free download kat sidebar tu..then cari BUKU MAHIR KVKV TUNAS kat ctu..pastu download. free je..as long as teda penyalahgunaan bbm ye..

ok korang..HAPPY TEACHING

04 December 2013

FREEBIES Sudut Pendidikan Islam

Hari ni maz nak bagi freebies yang bukan bahan pemulihan khas...last year maz jadi guru kelas tahun 3..nak dijadikan cerita dek kerana ketidakcukupan guru...(rosakler bahasa camni...) maz menyahut  cabaran menjadi guru kelas. memandangkan dah jadi guru kelas ni...maz rajinla tiba2 nak penuhkan sudut2 mata pelajaran dalam kelas tu..oleh kerana sudut PI tu kosong jer coz budak2 ni setiap kali masa PI/PM dorang kena pi bilik PI. So ustz tu memang xmasuk kelas ni coz dia ajar budak kat bilik PI dia..jadinya maz tolonglah tampal apa2 yg patut kat sudut PI tu..bagi nampak ada input skit.

hari ni maz nak kongsikan bbm yang maz buat tu...korang boleh download kat free download ada kat sidebar tu..scroll je..jom check it out...






20 November 2013

EDITABLE FREEBIES

hellloooo......
gembiranya maz hari ni..dh beberapa hari kat kampung, xde internet. pagi ni balik rumah dah..rindu nak berblog akhirnya terbalas...maz guna streamyx..so klo nak gi mana2 mmg xdpt nak update blog..nak nak klu balik kg lama skit..
oleh kerana maz dlm mood super duper happy..maz nak kongsi beberapa freebies utk korang. check it out !!!

 poster KVK
actually poster kvk ni dlm saiz a4 je..tpi klu nak bagi besar sket, korang cuba print poster size..ala yg dlm setting printer korang tu..cari je print poster saiz..ambik 2x2..pastu tampal2 then siap. Ada 5 pages tau..xbnyak pun..tpi klu dah print pastu tampal kat kelas ok gak.. maz masukkan dlm ruang bacaan..

 KAD GAMBAR KVKV
kad gambar KVKV ni maz buat masa ada karnival pemulihan khas hari tu..tpi xjadi guna..sbab kitorang pilih aktiviti pancing mmancing suku kata..jadi yg ni maz print jelah buat anak murid maz. boleh digunakan sbgi aktiviti pengukuhan budak yang baru lepas kvkv. saiz a4..tpi boleh print mcm2 saiz..terpulang ngan korang. mcm mana cranya? samaada korang nk convert pdf dlu pastu print ataupun print je guna ms word tapi pilih multiple printing..tpulang korang nak brapa page dlm satu muka surat tu..

 KAD BACAAN BERTEMA KVKV
hah..yang ni salah satu kad bacaan maz guna dlm kelas. budak2 mmg suka nak2 yang baru berjaya menguasai kemahiran kvkv tu..confirm dia snyum bangga pas dpt baca kad ni..kad saiz a4 juga..nak print ikut je option yang bagi kat atas td..

 BUKU IQRA' TUNAS
macam belajar mengaji lah pulak kan...tp memang berkesan...utk murid maz lah..utk murid rkn2 semua xtaulah maz plak ye...caranya mudah shj..baca mcm kita mngaji iqra tu..buku ni maz buat khas untuk budak maz yg tak boleh nak ingat kv wlupun dah 3bulan masuk pemulihan..ajar abjad dia lupa bunyi vokal..bila ajar vokal dia lupa konsonan..bila ajar konsonan dia xtau nak bunyikan suku kata kv..tu yg maz buat buku ni..mudah je..maz x tekankan budak kenal huruf..yg penting dia boleh hafal suku kata yang berulang2 tu..akhirnya slepas 2 minggu budak tu boleh baca kvkv dgn lancar. alhamdulillah...skrg dia dh lepas pmulihan. dah masuk perdana dah pun...thun dpn masuk darjah 3 dah...

KAD BBBR
amboi susahnyer nama kad ni...berbelit lidah..hahaha. sebenarnya itu singkatan untuk kad bacaan bawa balik rumah ...hahaha. maz xtau nak bagi nama apa..bubuhla apa2 yang penting murid tahu kad yg mana satu..biasanya maz bagi murid kad ni bawa balik rumah pada hujung minggu..suruh dorang baca, siapa yng dpt baca semua dengan lancar dan betul..cikgu bagi token...a4 saiz...

ok...tulah freebies maz untuk korang semua hari ni..ni semua editable tau..korang boleh guna atau edit untuk kegunaan sendiri ye..maz xnaklah ada yg jual atau kongsi bhn ni tanpa pengetahuan maz...klu korang nk share kat mana2 blog atau laman sosial..jgn lupa credit blog maz ye..tq 
korang semua...boleh download bahan ni kat button FREE DOWNLOAD yg ada kat sblh kanan tu ..korang scroll je..

HAPPY HOLIDAY semua....

14 November 2013

Freebies..KAD PUZZLE

Korang pernah guna kad puzzle tak utk buat aktiviti budak pemulihan? klu belum pernah atau xde contoh kad puzzle..hari ni maz nak kongsikan set kad puzzle TUNAS koleksi maz..set ni untuk kemahiran vokal berganding..

Kad puzzle biasanya bnyk jenis..tapi untuk budak pemulihan, maz syorkan guna yg simple ni jer..kat cni maz bgi tau step nak guna kad puzzle ni..
memula...kena print out dlu..kemudian gunting pada garis putus-putus smpi terpisah semua gambar tu...pastu lekatkan pada kertas yang lebih tebal contohnya manila kad ker..klu nk lagi tebal..mounting board ke..ataupun yg lagi elok tampal pada polisterin..pastu boleh dah suru murid kita susun balik dengan betul...
klu nak yang jimat dan thn lasak..print dlu pastu laminate..then gunting ikut garisan putus2..siap..

ok...jom kita tengok plak kad puzzle nya...just click kiri and save image as...










13 November 2013

Freebies...KAD IMBAS BUAH-BUAHAN

yuhuu....apa khabar korang? lagi dua hari cuti sekolah nak bermula...korang dh rancang ke aktiviti msa cuti sekolah kali ni? klu belum apa kata kita pakat ramai-ramai buat bbm..blh juga guna buka cuti nti..kan..

hari ni maz nk bagi freebies tuk korang..yg rajin baca ronda2 kat cni..kad imbas buah-buahan..takla cantik sgt. bolehla skadar mnambahkan koleksi bbm korang..hehehe.
jom kita sama-sama save image as...














12 November 2013

RUANG PEMBELAJARAN PEMULIHAN KHAS

setiap kelas pemulihan khas biasanya memang kena ada beberapa sudut atau ruang pembelajaran..dalam kelas maz sendiri ada beberapa ruang atau sudut iaitu
  1. ruang bahasa melayu
  2. ruang matematik
  3. ruang pengamatan
  4. ruang kinestatik
  5. ruang pengurusan
  6. ruang hasil murid
  7. ruang pengajaran dan pembelajaran
  8. ruang natural
  9. ruang bbm
  10. ruang multimedia
  11. ruang bacaan
  12. ruang kendiri
tapi bukan semualah ruang atau sudut tu wajib ada..mana yang tak berapa sesuai tu xyahla wujudkan kot..kelas maz agak besar..so kena buat banyak sudut untuk bagi nampak kelainan skit..hehehe

hari ni maz nak kongsikan kad yang boleh ditampalkan dlm ruang atau sudut pembelajaran di kelas korang masing2. sape2 berkenan..klik je pada image pastu save image as...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...