Rakan Maz

04 December 2013

KAD NOMBOR

Kad nombor ni maz gunakan dalam kelas TUNAS maz.. Kad ini bersaiz a4..boleh print kemudian laminate then tampal kat sudut matematik. boleh juga jadikan kad imbas..maz print kecik2 guna word je..dalam setting tu maz tukar 4pages per sheet..memang comel. klu berminat pm maz ye..ada 10 pages..pdf n word format.


KAD CLOTHESPIN ABJAD AWAL

korang pernah dengar tak kad clothespin? kad ini sebenarnya kad yang direka untuk mengesan kemahiran murid selepas sesuatu kemahiran. entry kali ni maz nak kongsikan beberapa image bbm tunas maz dalam kategori kad clothespin..terpulanglan nk bagi nama apa..tpi oleh krana maz gunakan sepit kain yg kecil n comel..(beli kat KAISON) murah dan banyak...so maz bubuhlah nama kad clothespin.
BBM ni murah je..klu sesape berminat juz pm maz kat fb ye. harga RM5 (editable), RM3 (pdf format). pembayaran hnya melalui topup hp..





FREEBIES Sudut Pendidikan Islam

Hari ni maz nak bagi freebies yang bukan bahan pemulihan khas...last year maz jadi guru kelas tahun 3..nak dijadikan cerita dek kerana ketidakcukupan guru...(rosakler bahasa camni...) maz menyahut  cabaran menjadi guru kelas. memandangkan dah jadi guru kelas ni...maz rajinla tiba2 nak penuhkan sudut2 mata pelajaran dalam kelas tu..oleh kerana sudut PI tu kosong jer coz budak2 ni setiap kali masa PI/PM dorang kena pi bilik PI. So ustz tu memang xmasuk kelas ni coz dia ajar budak kat bilik PI dia..jadinya maz tolonglah tampal apa2 yg patut kat sudut PI tu..bagi nampak ada input skit.

hari ni maz nak kongsikan bbm yang maz buat tu...korang boleh download kat free download ada kat sidebar tu..scroll je..jom check it out...






21 November 2013

Corat coret guru pemulihan khas

hari ni maz tak tau nak tulis entry apa..korang ada idea tak apa yg nak dikongsikan dlm blog ni? korang ada apa2 request tak nak bahan apa dlm blog ni? selain daripada bbm..hri ni maz juz nak tau korang nyer idea lak...

20 November 2013

EDITABLE FREEBIES

hellloooo......
gembiranya maz hari ni..dh beberapa hari kat kampung, xde internet. pagi ni balik rumah dah..rindu nak berblog akhirnya terbalas...maz guna streamyx..so klo nak gi mana2 mmg xdpt nak update blog..nak nak klu balik kg lama skit..
oleh kerana maz dlm mood super duper happy..maz nak kongsi beberapa freebies utk korang. check it out !!!

 poster KVK
actually poster kvk ni dlm saiz a4 je..tpi klu nak bagi besar sket, korang cuba print poster size..ala yg dlm setting printer korang tu..cari je print poster saiz..ambik 2x2..pastu tampal2 then siap. Ada 5 pages tau..xbnyak pun..tpi klu dah print pastu tampal kat kelas ok gak.. maz masukkan dlm ruang bacaan..

 KAD GAMBAR KVKV
kad gambar KVKV ni maz buat masa ada karnival pemulihan khas hari tu..tpi xjadi guna..sbab kitorang pilih aktiviti pancing mmancing suku kata..jadi yg ni maz print jelah buat anak murid maz. boleh digunakan sbgi aktiviti pengukuhan budak yang baru lepas kvkv. saiz a4..tpi boleh print mcm2 saiz..terpulang ngan korang. mcm mana cranya? samaada korang nk convert pdf dlu pastu print ataupun print je guna ms word tapi pilih multiple printing..tpulang korang nak brapa page dlm satu muka surat tu..

 KAD BACAAN BERTEMA KVKV
hah..yang ni salah satu kad bacaan maz guna dlm kelas. budak2 mmg suka nak2 yang baru berjaya menguasai kemahiran kvkv tu..confirm dia snyum bangga pas dpt baca kad ni..kad saiz a4 juga..nak print ikut je option yang bagi kat atas td..

 BUKU IQRA' TUNAS
macam belajar mengaji lah pulak kan...tp memang berkesan...utk murid maz lah..utk murid rkn2 semua xtaulah maz plak ye...caranya mudah shj..baca mcm kita mngaji iqra tu..buku ni maz buat khas untuk budak maz yg tak boleh nak ingat kv wlupun dah 3bulan masuk pemulihan..ajar abjad dia lupa bunyi vokal..bila ajar vokal dia lupa konsonan..bila ajar konsonan dia xtau nak bunyikan suku kata kv..tu yg maz buat buku ni..mudah je..maz x tekankan budak kenal huruf..yg penting dia boleh hafal suku kata yang berulang2 tu..akhirnya slepas 2 minggu budak tu boleh baca kvkv dgn lancar. alhamdulillah...skrg dia dh lepas pmulihan. dah masuk perdana dah pun...thun dpn masuk darjah 3 dah...

KAD BBBR
amboi susahnyer nama kad ni...berbelit lidah..hahaha. sebenarnya itu singkatan untuk kad bacaan bawa balik rumah ...hahaha. maz xtau nak bagi nama apa..bubuhla apa2 yang penting murid tahu kad yg mana satu..biasanya maz bagi murid kad ni bawa balik rumah pada hujung minggu..suruh dorang baca, siapa yng dpt baca semua dengan lancar dan betul..cikgu bagi token...a4 saiz...

ok...tulah freebies maz untuk korang semua hari ni..ni semua editable tau..korang boleh guna atau edit untuk kegunaan sendiri ye..maz xnaklah ada yg jual atau kongsi bhn ni tanpa pengetahuan maz...klu korang nk share kat mana2 blog atau laman sosial..jgn lupa credit blog maz ye..tq 
korang semua...boleh download bahan ni kat button FREE DOWNLOAD yg ada kat sblh kanan tu ..korang scroll je..

HAPPY HOLIDAY semua....

14 November 2013

Freebies..KAD PUZZLE

Korang pernah guna kad puzzle tak utk buat aktiviti budak pemulihan? klu belum pernah atau xde contoh kad puzzle..hari ni maz nak kongsikan set kad puzzle TUNAS koleksi maz..set ni untuk kemahiran vokal berganding..

Kad puzzle biasanya bnyk jenis..tapi untuk budak pemulihan, maz syorkan guna yg simple ni jer..kat cni maz bgi tau step nak guna kad puzzle ni..
memula...kena print out dlu..kemudian gunting pada garis putus-putus smpi terpisah semua gambar tu...pastu lekatkan pada kertas yang lebih tebal contohnya manila kad ker..klu nk lagi tebal..mounting board ke..ataupun yg lagi elok tampal pada polisterin..pastu boleh dah suru murid kita susun balik dengan betul...
klu nak yang jimat dan thn lasak..print dlu pastu laminate..then gunting ikut garisan putus2..siap..

ok...jom kita tengok plak kad puzzle nya...just click kiri and save image as...










13 November 2013

Freebies...KAD IMBAS BUAH-BUAHAN

yuhuu....apa khabar korang? lagi dua hari cuti sekolah nak bermula...korang dh rancang ke aktiviti msa cuti sekolah kali ni? klu belum apa kata kita pakat ramai-ramai buat bbm..blh juga guna buka cuti nti..kan..

hari ni maz nk bagi freebies tuk korang..yg rajin baca ronda2 kat cni..kad imbas buah-buahan..takla cantik sgt. bolehla skadar mnambahkan koleksi bbm korang..hehehe.
jom kita sama-sama save image as...














12 November 2013

RUANG PEMBELAJARAN PEMULIHAN KHAS

setiap kelas pemulihan khas biasanya memang kena ada beberapa sudut atau ruang pembelajaran..dalam kelas maz sendiri ada beberapa ruang atau sudut iaitu
  1. ruang bahasa melayu
  2. ruang matematik
  3. ruang pengamatan
  4. ruang kinestatik
  5. ruang pengurusan
  6. ruang hasil murid
  7. ruang pengajaran dan pembelajaran
  8. ruang natural
  9. ruang bbm
  10. ruang multimedia
  11. ruang bacaan
  12. ruang kendiri
tapi bukan semualah ruang atau sudut tu wajib ada..mana yang tak berapa sesuai tu xyahla wujudkan kot..kelas maz agak besar..so kena buat banyak sudut untuk bagi nampak kelainan skit..hehehe

hari ni maz nak kongsikan kad yang boleh ditampalkan dlm ruang atau sudut pembelajaran di kelas korang masing2. sape2 berkenan..klik je pada image pastu save image as...






10 November 2013

KAD TULISAN TUNAS

kepelbagaian bbm dalam kelas TUNAS maz sememangnya bnyk membantu p&p dan mencapai objektif maz sebagai guru pemulihan khas. kat bawah ni..maz kongsikn beberapa lagi kad yang maz guna dlm p&p maz. Kad ni maz bagi nama kad tulisan tunas. fungsinya terpulang kpd guru untuk mnilai kemahiran mana..biasanya maz guna untuk mlatih murid yang dh boleh baca..tapi belum dpt mnulis sesuatu perkataan..bleh juga guna sbg aktiviti pengukuhan dan pengayaan..

 yang ni kad tulis kvkvk..guru boleh bgtau murid nama gambar. murid perlu eja..kemudian tulis suku kata yang tertinggal. disamping nak ajar kvkvk..kita boleh refresh balik kemahiran kvk..

 yang ni plak..kad kvkvkv. murid pilih suku kata yang betul berdasarkan gambar. kmdian susun suku kata tersebut..klu guru dh kata betul..muri boleh tulis perkataan tersebut kat garisan. maz cadangkan klu rakan2 nak buat kad camni..bleh lah print pastu laminate. murid boleh tulis guna marker pen untuk jawap..slain boleh padam dan guna semula..ia pasti tahan lebih lama...jimat pun iye..

 kad ni sama fungsi cam kad kvkvkv kat atas. yang ni maz buat untuk kemahiran 
v kvk. fungsi dan kaedahnya sama ngan kad kvkvkv.

kad tulis dan clothespin kvk
kad ni pula ada dua version. boleh gunakan secara bertulis atau gunakan kaedah 'clothespin'. maz dpt idea buat kad clothespin ni dri blog2 guru kat oversea mcm UK dan US. klu xbrape nak fhm..cuba google kjap 'clothespin card'..bnyk idea korg dpt nti. 

kad tulis vokal berganding.
boleh guna untuk dua kemahiran..kemahirn vokal bergnding dan juga kmahiran membaca frasa / rangkai kata.

setakat ni dlu untuk kli ni...nti maz update lgi yer. semoga dpt membntu rkn2 guru kat luar sana mcari idea membina bbm untuk ank didik kita...insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...