Rakan Maz

09 April 2020

TUTORIAL MUDAH BUAT KUIZ GOOGLEFORM

Assalamualaikum,...selamat sejahtera.
Sempena cuti PKP ni, Maz pasti ramai rakan-rakan guru yang rindu nak mengajar kan..rindu nak berjumpa anak murid. Nak nak lagi..macam murid pemulihan khas..lagilah rindu.
So hari ni Maz nak bagi tutorial mudah macam mana cikgu-cikgu boleh bimbing atau ajar murid-murid kita walaupun dari rumah dalam tempoh PKP ini..ada banyak cara sebenarnya..tapi yang Maz suka guna adalah Google Form..kita boleh bina soalan latih tubi atau nota-nota pelajaran menggunakan googleform ni..
So hari ni Maz kongsikan cara-cara ringkas buat kuiz dalam google form..let's check it out --------->




















 ......tamat......

hah..bolehlah korang buat kuiz sendiri ye. Silakan share jika rasa tutorial ni bermanfaat ye.
#stayathome
#kitajagakita

25 March 2020

Question and Answer Card. (QAC) - Sifir 2-5

Assalamualaikum..
Lama Maz tak update blog ni.  bukannya tak nak update..tapi banyak kekangan kesihatan yang Maz lalui. Mudah-mudahan Allah S.W.T berikan kesembuhan dan kesihatan kepada Maz untuk terus berkongsi BBM Pemulihan Khas..

Sempena cuti PKP ini, Maz kongsikan bahan simple iaitu QAC. Apa tu??
QAC adalah kad imbas sifir yang ada kad soalan sifir dan kad jawapannya. Cikgu-cikgu boleh guna dalam kelas ataupun dengan anak-anak sendiri kat rumah..

Jom..kita tengok
SIFIR 2


SIFIR 3


SIFIR 4


SIFIR 5






Stay at home....semoga COVID-19 cepat berlalu.



05 December 2019

Template Pembahagi Mingguan

Assalamualaikum..
Hari ni Maz sambung lagi perkongsian untuk Fail Rekod Persediaan PdPc sesi 2020.
Kali ni Maz kongsikan weekly divider tema bunga-bunga sakura..( sakura ke?? )..
siap ada kata-kata motivasi pada setiap page..bolehlah buat motivasikan diri nanti ye..
kat bawa ni ada preview sikit..kalau nak yang penuh dan boleh edit klik sini Weekly Divider






semoga bermanfaat ye..

04 December 2019

COVER FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR 2020

Assalamualaikum...
Hari ini Maz nak kongsikan satu salinan softcopy yang boleh di edit untuk Cover Fail Persediaan Mengajar 2020..Kali ini Maz bagi background fail dengan warna selamat..sebelum ni  Maz suka guna warna pink..(mostly semua fail-fail kendalian Maz memang warna pink )..tapi memandangkan ada kawan-kawan yang tak berapa suka warna pink..so Maz bagi perkongsian warna selamat..means guru lelaki atau perempuan boleh guna..

So..apa lagi..jomlah download kat sini Editable Cover RPH. Kalau dah download..gunakanlah sebaiknya ye..jangan ada yang jual pulak ye..kalau nak share, please share direct dari page FB atau blog Maz ye..

ni nak bagi preview sikit..camne rupa cover RPH tu..


 








selamat bercuti korang...

 

30 November 2019

Sistem Fail Pemulihan Khas 2019

Assalamualaikum..selamat bercuti kepada semua guru-guru pemulihan khas di luar sana. Lama Maz tak buat coretan dalam blog ini. Apa khabar korang semua? dah bersedia untuk PdPc tahun 2020?
Kali ini Maz kongsikan sistem fail di kelas pemulihan khas Maz..Kelas Tunas Harapan.
Tapi ini mungkin tak sesuai untuk negeri-negeri lain..yang ini Maz gunakan sistem fail Pemulihan Khas Negeri Sabah..tapi mungkin bukan yang terkini lah kot..yang ni Maz gunakan sejak Maz pindah ke sekolah Maz sekarang..maknanya dari tahun 2015..sistem fail inilah yang maz guna..kalau tak sesuai mohon maaf ye..

kalau nak yang softcopy..boleh klik link ni ye..Download File Editable
Yang kat bawah ni Maz kongsikan Cover Fail dan Tulang Fail kat dalam kelas Maz ye..

 

  


 
 
 
 

 



 

Selamat bercuti kepada semua rakan-rakan guru...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...